selamat datang ke Blog Jiwa Kreatif
MAKNA JIWA KREATIF
JIWA KREATIF bermaksud menjiwai seni kerana minat bukan paksaan tidak kiralah seni apa sekali pun. Setiap manusia yang lahir di dunia ini mempunyai jiwa kreatif yang tersendiri sebagai contoh, melukis. Melukis tidak semua orang boleh melukis jika ada pun hanya lukis orang lidi tetapi tidak pandai melukis dengan sempurna.
Zaman sekarang berteknologi tinggi. Kenapa tidak kita menggunakan kesempatan untuk kreatifkan lukisan anda?.
Tetapi saya bukan ingin cerita fasal melukis, lukisan ini, itu cuma contoh sahaja. Apa yang saya terapkan dalam JK ini adalah memberitahu anda bahawa perkataan "KREATIF" adalah univesal, terlalu luas.
Oleh itu, ikuti perkembangan saya masa ke semasa, okey?.