Thursday, August 15, 2013

nak caye or x.. terpulang.. (disebalik cerita pendekar bujang lapok)


Tahukah anda, sejarah ALIF MIN NUN WAU= SARKIS?

 Rasanya kesemua rakyat Malaysia pernah menonton filem Allahyarham
 tan Sri P.Ramlee yang berjudul Pendekar Bujang Lapok. Di dalam filem
 tersebut terdapat dialog yang merupakan antara dialog yang terus
 segar diingati kita hingga ke hari ini. Apakah Maksud yang tersirat di sebalik
 dialog tersebut? Benarkah dialog tersebut diciptakan oleh Allahyarham
 Tam Sri P.Ramlee untuk menegur pemimpin UMNO? Di dalam buku tulisan saudara
 Abdullah Hussain berjudul "Seniman Agung P.Ramlee" terbitan karangkraf,
 cetakan pertama 1984 mengisahkan mengenainya. Sejurus selepas Filem Pendekar BujangLapok diumumkan sebagai komedi terbaik Festival Filem Asia ke enam di Kuala Lumpur (1959) Tan Seri Ghazali Shafie yang ketika itu menteri kebudayaan dan penerangan telah berjumpa P.Ramlee di tempat duduk peserta dan bertanyakan
 beberapa soalan berkenaan kejayaan beliau mengondol anugerah filem
 komedi terbaik peringkat Asia. Seperti biasa P.Ramlee yg telah terbiasa mengunakan perkataan Lu dan Gua ( ketika itu Lu dan Gua adalah bahasa pasar yg digunakan oleh penduduk Singapura )

 TS Ghazalie : Macam mana you boleh menang malam ni?

 P.Ramlee : Gua buat filem utk masyarakat bukan untuk wang.

 TS Ghazalie : Tahulah tapi macam mana you boleh menang dan macam mana
 juri dari Hong Kong, Jepun dan dua orang juri jemputan dari Australia boleh pilih filem you sedangkan mereka tak faham bahasa kita.

 P.Ramlee : Filem dan Lagu tidak memerlukan bahasa yg khusus. Seni adalah bahasa universal. Gua hasilkan seni dari gua untuk masyarakat dan dari masyarakat untuk gua. Ada nasihat ada sindiran dan teguran agar masyarakat boleh berfikir. Gua pun kutuk lu punya geng juga. ( Sambil ketawa ).

 TS Ghazalie : You kutuk apa? I tak nampak pun.

 P.Ramlee : Alif Mim Nun Wau tu lu punya geng la.

 TS Ghazalie : Hah! I tak faham la.

 P.Ramlee : Alif itu Akal, Wau itu Ugama. Alif tendang Wau Sarkis. Bermakna Akal Tendang (Tolak) Agama maka manusia akan menjadi seperti binatang-binatang sarkis dan yang hidup tanpa agama ini hanya layak untuk haiwan sahaja.
Alif Min Nun Wau kan bunyinya UMNO.

 Terkedu Tan Seri Ghazali Shafie mendengar penjelasan P. Ramlee ketika itu."
 Note : Ejaan dahulu Ugama bukannya Agama seperti sekarang ini.

from : facebook.com

No comments:

Post a Comment