hurm... baru nak seramkan diri... dah kene delete :(... mmg sedih.. nak wat cmne... dyeorg xbg :(.. nie kata blog bercakap dgn jin :
" Kemana Perginya SBDJ
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Para pengunjung yang saya hormati dan hargai sekelian. Setelah sekian lama blog ini terdiri, pada hari ini satu lembaran sejarah telah termaktub. Oleh kerana penulis yang bernama Tamar Jalis telah pun dikenali dan siri ini telah pun diterbitkan semula dalam bentuk buku dipasaran, maka saya telah menarik balik siri-siri ini dari diterbitkan di blog ini.
Bagi menghormati permintaan pemegang hakcipta penulisan siri ini, Nafiela Group, dan juga penulis sendiri, saya rasakan ini adalah tindakan yang paling wajar.
Saya faham para pengunjung setia blog ini mungkin akan merasa hampa, namun siri ini adalah hak penulis dan bukannya milik saya. Namun jangan khuatir, bukunya sudah ada dipasaran maka saya anjurkan para pengunjung membeli buku ini.
Siri Bercakap Dengan Jin juga akan kelak diadaptasikan dalam bentuk siri drama seram di televisyen, maka populariti siri ini akan melonjak, insyaallah.
Terima kasih kepada semua pengunjung dan ahli komuniti yang telah menyokong usaha murni menggabungkan semua peminat siri ini. Komuniti SBDJ telah wujud di Facebook, maka saya sarankan kepada semua untuk menjadi ahli. Sama-sama lah kita berbincang dalam mengembangkan siri genre seram yang terulung ini.
Sila layari https://www.facebook.com/groups/46635801309
Wassalamualaikum Warahmatullah.
Yang benar,
Ahmad Hafiz bin Ismail
Auckland, New Zealand
Tanggal 28 hb Ogos 2013. "
"http://tamarjalis.blogspot.com/2013/08/kemana-perginya-sbdj.html "
hurm... xpela... nak buat cmne... kite kne ikut la permintaan dyeorg 2.. tp... ap yg sy nak.. kalo bole..crte seram 2 diadaptasikan ke filem... bes ooo... mcm crte "the conjuring"... fuh.. mmg xtido mlm sy tgk crte seram gini... penghabisan yg sempurna.. wlwpon crte nie kt luar negara.. tp yg cipta filem nie adlh org Malaysia (Sarawak xsilap la)...
p/s : mmg acctly hmpe gile (T.T)... yela.. stiap mlm b4 tdo mst bce crte sram.. sub4..







No comments:
Post a Comment