- pekerja : gaji, kesihatan, kebersihan, dan masalah lain. (majikan harus melakukan meeting setiap 1 minggu dan harus ada bilik kaunseling untuk pekerja kerana masalah luar dari kerja selalunya lebih banyak dari dalam kerja dan masalah-masalah seperti ini selalunya membuatkan pekerja hilang mood dalam kerja).
- syarikat : naik turun syarikat adalah bergantung pada permintaan dan pengeluaran bahan mentah. Majikan harus banyak berfikir tentang syarikat. Disebabkan itulah, ramai majikan memilih untuk mengurangkan pekerja dan membuat pelbagai pinjaman supaya syarikat tidak gulung tikar jika keadaan syarikat dalam keadaan bahaya.
Itu antara sebab utama kenapa majikan ini stress.
Menjadi majikan yang berkualiti adalah menolak tepi segala masalah luar masuk ke tempat kerja. Berfikir dengan waras, jika banyak masalah yang datang hadapinya dengan sabar dan doa. Ingat, jangan lari dari masalah tetapi hadapinya dengan berfikir positif dan senyum lah walaupun ia menyakitkan hati.
Saya sendiri pun tidak pernah lagi jd majikan tetapi saya penah jadi pekerja. Jadi saya cukup stress bila majikan saya jenis marah dan tidak yakin dengan kemampuan saya. Sehinggalah saya buat keputusan berhenti kerja. Saya kurang masalah luar kerja tetapi bila sampai ditempat kerja, saya cukup-cukup tekanan perasaan rasa ingin bunuh diri ditempat kerja saja. Saya berfikir jika keadaan begini, lebih baik berhenti kerja dan cari kerja lain.






No comments:
Post a Comment